Jumlah Pasukan Dalam Saingan Liga Malaysia Mungkin Dikurangkan

Jumlah pasukan dalam saingan Liga Malaysia tidak mustahil untuk dikurangkan ekoran masalah berulang yang sering dihadapi oleh beberapa persatuan.

Presiden Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Hamidin Mohd Amin masalah kewangan menyebabkan pihaknya tidak mahu membuat penambahan pasukan dalam waktu terdekat.

“Kekangan kewangan memberi kesan pada MFL dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Saya bukan lagi untuk lebihkan tapi mungkin kurangkan (pasukan) tapi setakat ini kita akan kekalkan 12 pasukan Liga Super dan Liga Premier.

“Kita akan kekalkan, untuk tambah jumlah ketika ini tidak mungkin kerana mahu jaga kualiti yang banyak menghadapi masalah kewangan,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Pada masa yang sama, Datuk Hamidin turut menjelaskan pihaknya turut membantu Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang sedang berdepan dengan kea FIFA ekoran tuntutan yang dibuat oleh bekas pemain, Cassio De Jesus.

“Pihak saya dan sekretariat sudah berhubung dengan Kelantan dari dulu lagi. Presiden KAFA sudah berusaha keras menyelesaikannya.

“Namun pokoknya di sini adalah membabitkan kes dengan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) terlampau banyak untuk diselesaikan. Kita berharap Kelantan dapat selesaikan perkara itu,” tambahnya.