Jual Nik Akif Setel la Semua Hutang

KOTA BHARU: Jual sahaja Nik Akif Syahiran Nik Mat pada harga RM4.6 juta, kemudian langsaikan semua hutang Kelantan.

Itu kata-kata s!nis legenda The Red Warriors, Mohd. Hashim Mustapa mengenai hasrat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mahu menjual pe­rancang tengah sensasi itu pada harga mahal bagi menyelesaikan hutang.

Kata Hashim, kalau benar KAFA mahu menjual pemain untuk membayar hutang, harga RM1 juta yang diletakkan badan induk tersebut untuk Nik Akif tidak banyak membantu.

Apa yang dilakukan oleh KAFA (menjual Nik Akif Syahiran) tidak akan selesaikan semua mas@lah (hutang) sebab masih berbaki RM3.6 juta.Nak jual tiga lagi pemain masih belum membantu. Setakat ini KAFA cakap nilai Nik Akif Syahiran RM1 juta tapi belum tentu orang hendak beli.

Kalau tiada yang sambut (pasukan yang berminat mendapatkan Nik Akif Syahiran) bermakna KAFA syok sendiri dalam perkara ini, katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Hashim menjangkakan tiada pasukan yang mampu berbelanja besar di saat dunia sedang berdepan pandem!k C0v!d-19 ketika ini.

Katanya, kalau ada sekalipun pasukan sanggup membeli pemain berusia 21 tahun itu, ia hanyalah Johor Darul Tazim (JDT) yang mempunyai sumber kewangan kukuh.

Masa jual Mohammad Ghaddar dulu KAFA dapat untung dan boleh bayar gaji dua hingga tiga bulan seorang, jadi berbaloilah tindakan itu.

“Jual Nik Akif langkah bijak kalau boleh selesaikan semua mas@lah tapi hutang KAFA terlalu tinggi, jadi berbaloikah tindakan itu,” ujarnya.

Hashim berkata, sepanjang musim C0v!d ini kesemua pasukan mengambil langkah berjimat cermat bagi mengelakkan mereka berdepan beban hutang.

Difahamkan, KAFA masih berhutang gaji selama empat bulan dengan barisan pemain pasukan itu selepas penaja utama After Image Sdn. Bhd membuat keputusan untuk berundur.