Jika Mahu Tumbangkan JDT

ALOR SETAR: Pengendali Kedah Aidil Sharin Sahak menyifatkan pasukannya harus dilabel ‘underdog’ apabila turun menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi Piala Sultan Ahmad Shah di Stadium Sultan Ibrahim, Jumaat ini.

Justeru, pengendali kelahiran Singapura itu berkata, pemainnya perlu beraksi dengan aksi luar biasa jika mahu membuka langkah kanan pada aksi pembuka tirai Liga Super itu.

“Sudah pasti bila berjumpa dengan pasukan kuat seperti JDT, ditambah pula beraksi di stadium baharu lawan, aspek fokus serta komitmen yang lebih tinggi sangat diperlukan pemain.

“Kami juga perlu turun dengan barisan pertahanan yang lebih mantap kerana itu sahaja caranya untuk berhadapan dengan ser@ngan pantas yang kita ketahui dimiliki JDT selama ini”

“Itu sahaja tidak cukup, malah kami juga perlu membina keseimbangan mencipta peluang bagi mendapatkan gol dan saya berharap motivasi semua pemain yang akan dipilih beraksi nanti mampu membantu untuk melonjak semangat juang pemain lain sepanjang perlawanan,” katanya.

sumber: BH

Dalam pada itu Aidil turut mengakui pemainnya turut teruja untuk memulakan kempen saingan Liga Super musim ini selepas skuad Lang Merah melakukan beberapa pembaharuan dalam pasukan berbanding musim lalu.

“Persiapan yang kami lakukan sebelum ini seperti menampilkan import baharu di jentera ser@ngan bakal menjadi pendorong meningkatkan aksi kami dan pada masa sama kami juga perlu meningkatkan tahap disiplin dalam semua posisi bagi mengelak sebarang kesilapan yang boleh merugikan pasukan,” katanya.

Bekas pengendali kelab Singapura Home United ini juga mahu semua pemainnya mengambil pengajaran berguna di atas kekalahan 1-3 kepada Perak pada perlawanan pramusim merebut trofi Unity Shield pada 15 Februari lalu.