JDT tidak terlibat

Alistair Edwards: JDT tidak terlibat dengan kes Akhyar Rashid

Selepas Setiausaha Kehormat Kedah, Asmirul Anuar Aris mendedahkan bahawa keputusan Pusat Timbangtara Antarabangsa Asia (AIAC) mengenai kes Akhyar Rashid memihak kepada pasukannya, JDT tampil menjelaskan perkara sebenar.

Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards dalam kenyataan di media sosial rasmi JDT memberitahu kes tersebut adalah mengenai pamp4san yang perlu dibayar apabila Akhyar membuat keputusan untuk menamatkan kontraknya bersama Kedah, sekali gus tidak ada kena mengena dengan juara bertahan Liga Super itu.

Justeru, beliau menggesa mana-mana pihak supaya tidak perlu terlalu gembira serta menghentikan spekulasi dengan mengaitkan JDT seolah-olah ada kaitan dengan kes tersebut.

Edwards juga memberitahu JDT bukan sebahagian daripada kes itu dan tidak akan terkesan dengan sebarang tuntutan.

Berkenaan berita baru-baru ini mengenai keputusan Majlis Timbangtara tentang kes yang melibatkan pemain Kelab Bolasepak…

Posted by JOHOR Southern Tigers on Saturday, January 11, 2020

Buat masa ini, Asmirul berkata mereka sedang menuntut jumlah pampasan daripada perpindahan Akhyar ke JDT.

sumber: football-tribe.com

Bagaimanapun, status pend@kwaan Kedah terhadap soal JDT yang berbincang dengan Akhyar tanpa pengetahuan pasukan asalnya, serta pend4kwaan terhadap FAM yang gagal menangani kes tersebut dengan baik, masih belum diketahui.