JDT Tewaskan Pasukan Kebangsaan Turkmenistan

Johor Darul Ta’zim meneruskan rentak kemenangan dalam jelajah pra musim mereka di Emiriah Arab Bersatu (UAE) apabila menewaskan pasukan kebangsaan Turkmenistan dengan keputusan 2-1.

Dua jaringan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Safawi Rasid dan peny3rang import, Diogo Luis Santo sudah cukup untuk memberikan kemenangan kedua bagi skuad kendalian Benjamin Mora itu.

Safawi Rasid terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-39 apabila beliau menyempurnakan sepakan penalti sekaligus memberikan kelebihan awal untuk JDT pada separuh masa pertama.

Memasuki separuh masa kedua, Turkmenistan berjaya menyamakan kedudukan apabila Metdayev Akmammet menjaringkan gol pada minit ke-53.

Akan tetapi, Diogo memastikan kemenangan berpihak kepada juara Liga Super musim 2019 itu apabila beliau turut menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-61 sekaligus memberi kemenangan kedua JDT dalam siri jelajah pra musim mereka di UAE.

sumber: vocketfc