JDT Tewaskan Juara 7 Kali Liga Slovakia

Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan rentak kemenangan dalam jelajah pra musim mereka di Emiriah Arab Bersatu (UAE) apabila menewaskan juara 7 kali Liga Slovakia, MSK Zilina dengan keputusan 2-1.

Gonzalo Cabrera menjadi wira JDT apabila menjaringkan dua gol pada separuh masa kedua sekaligus memberikan kemenangan kedua bagi skuad kendalian Benjamin Mora itu.

Cabrera membuka tirai jaringan seawal minit ke-2 sebelum menjaringkan gol kedua pada minit ke-19.

INTERNATIONAL CLUB FRIENDLY | 29 JANUARY 2020

Full Time

MSK Zilina (SVK) [1-2] JDT
(Vahan Bichakhchyan 39′)
(Gonzalo Cabrera 2′, 19′)

Zilina cuba bangkit untuk mencari gol penyamaan dan mereka berjaya menjaringkan gol pada minit ke-39 menerusi percubaan pemain tengah Vahan Bichakhchyan. Separuh masa pertama tamat dengan JDT berada di hadapan.

sumber: vocketfc

Memasuki separuh masa kedua, skuad Harimau Selatan itu berjaya mengekang segala asakan pasukan lawan sekaligus meraih kemenangan kedua selepas menewaskan Dibba Al-Fujairah minggu lalu.