JDT Tewas Kepada juara Liga Latvia

Juara Liga Super musim 2019, Johor Darul Ta’zim tewas kepada juara Liga Latvia, FC Riga dalam satu perlawanan pra musim yang diadakan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Pada perlawanan yang berlangsung di The Seven Stadium semalam, JDT menurunkan pemain terbaik seperti Diogo Luis Santo, Safawi Rasid dan Hariss Harun dalam kesebelasan utama sebagai persiapan menjelang Liga Malaysia musim 2020 serta saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2020 yang akan bermula pada Februari ini.

Meskipun JDT menurunkan pemain terbaik, FC Riga tampil dengan persembahan yang lebih memberangsangkan dimana mereka menjaringkan gol masing-masing pada separuh masa pertama dan kedua.

Roman Debelko menjaringkan gol pada minit ke-35 dan Felipe Brisola melengkapkan kemenangan skuad bimbingan Mihails Koņevs itu dengan menjaringkan gol kedua pada minit ke-88.

sumber: vocketfc

Perlawanan menentang FC Riga merupakan perlawanan pertama JDT dalam jelajah pra musim mereka di UAE.