JDT terus gayat dipersada Liga

Melaka: Jaringan penalti membolehkan Johor Darul Takzim (JDT) menang tipis menewaskan Melaka United (MU) 1-0 pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat Paya Rumput malam tadi.

Malah belum sempat semua pemain ‘memegang bola’ JDT sudah berjaya mendahului tuan rumah menerusi sepakan penalti Bergson da Silva pada minit kedua perlawanan.

Gol sulung terbabit berpunca daripada kealpaan benteng tuan rumah melepaskan Gonzalo Cabrera memasuki kotak penalti mendorong Akmal Zahir menjatuhkan p3ny3rang terbabit.

Pelawat sekali lagi hampir menambah jaringan pada minit ke-23 perlawanan namun tolakan Afiq Fazail selepas menerima hantaran menarik Safawi Rashid berjaya diselamatkan penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat.

Selebihnya, pelawat lebih banyak penguasaan perlawanan namun MU tetap berusaha keras untuk menembusi kubu kukuh yang dibina Harimau Selatan.

Sebaliknya, kelekaan benteng Hang Tuah menyaksikan Cabrera bijak mencuri ruang melakukan percubaan selepas menerima hantaran Safiq Rahim namun tolakkanya pada minit ke-38 sedikit tersasar ke kiri gawang Melaka.

Ketika barisan anak buah jurulatih Zainal Abidin Hassan tidak berpeluang melakukan percubaan Safawi berjaya melakukan rembatan kencang dari jarak 30 meter pada m-45 namun diselamatkan Khairul Fahmi bagi mengelak gawang mereka terus dibocori.

Babak kedua menyaksikan s3r@ngan lebih agresif pelawat walaupun memiliki kelebihan jaringan namun mereka seolah belum cukup untuk berhenti membvru jaringan tetapi rembatan Cabrera pada minit ke-48 dan Arif Aiman (m-72) tinggi melepasi palang gol.

Apapun, ketiadaan beberapa tonggak utama termasuk Jang Suk Won, S Kumaahran dan Ahmad Shamim Yahya dilihat seperti tidak dirasai tuan rumah selepas mereka mampu memberi saingan kepada pendahulu Liga Super terbabit selepas s3rang@n bertali arus pelawat berjaya dibendung.

Bagaimanapun peluang terbaik untuk Melaka menyamakan kedudukan hadir pada m-87 tetapi gagal disudahkan dengan baik oleh Andriano Narcido selepas rembatannya tinggi melepasi palang gol JDT

Sumber:Hmetro

Keputusan terbabit tetap meletakkan pelawat unggul di persada liga sementara MU yang menunjukkan peningkatan masih perlu bekerja keras untuk mengelak terjebak ke zon penyingkiran ke Liga Perdana.