JDT Raih Kemenangan Pertama

Johor Darul Ta’zim meraih kemenangan pertama dalam siri jelajah pra musim mereka di Emiriah Arab Bersatu (UAE) apabila menewaskan kelab Dibba Al-Fujairah dengan keputusan 1-0.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Club Dibba, juara bertahan Liga Super musim 2019 itu sekali lagi menurunkan pemain utama dalam kesebelasan utama pasukan dimana pemain seperti Diogo dan Safawi diturunkan.

JDT membuka tirai jaringan seawal minit ke-4 menerusi percubaan peny3rang import, Diogo Luis Santo.

Meskipun menerima tentangan hebat daripada pasukan lawan, skuad kendalian Benjamin Mora itu berjaya mempertahankan kelebihan satu gol yang dimiliki sehingga wisel penamat dibunyikan sekaligus meraih kemenangan pertama.

Isnin lalu, JDT tewas kepada juara Liga Latvia, FC Riga dengan keputusan 2-0 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium The Seven Stadium.