JDT Menang Besar Belas@h kelab Singapura

Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan rentak cemerlang mereka dalam perlawanan pra musim apabila memb3lasah kelab Singapura, Balestier Khalsa dengan keputusan 7-0.

Pada aksi yang berlangsung di stadium baharu JDT iaitu Stadium Sultan Ibrahim, ketua jurulatih, Benjamin Mora menurunkan rata-rata barisan terkuat dalam kesebelasan utama.

Diogo Luis Santo menampilkan aksi cemerlang dimana beliau berjaya mel3dak hatrik. Diogo menjaringkan gol pada minit ke-20, ke-60 dan ke-63.

Empat lagi jaringan dicipta oleh Aidil Zafuan (53), Mauricio de Nascimento (61), Leandro Velazquez (72) dan bekas penyerang skuad kebangsaan, Hazwan Bakri (78).

JDT akan membuka tirai saingan Liga Malaysia musim 2020 dengan menentang pemenang Piala FA 2019, Kedah bagi merebut Piala Sumbangsih.

Perlawanan tersebut akan berlangsung pada 28 Februari ini di Stadium Sultan Ibrahim.