JDT Masih Belum Mendedahkan

Kebanyakan pasukan Liga Malaysia sudah mula membuat persiapan untuk mengadakan sesi latihan, termasuk juara bertahan Liga Super, JDT.

Barisan pemain, jurulatih dan kakitangan pasukan itu dilihat telah hadir di Padang Seri Gelam bagi menjalani ujian saringan COVID-19.

Para pemain JDTII pula menjalani ujian saringan di KPJ Bandar Dato’ Onn.

“Kesemua ahli keluarga JDT juga telah menjalani ujian tersebut pada bulan April lalu sebagai langkah berjaga-jaga,” menurut kenyataan di akaun Facebook rasmi iaitu Johor Southern Tigers.

“Keselamatan dan kesejahteraan semua pemain, barisan kejurulatihan dan kakitangan merupakan keutamaan bagi JDT. Luaskan Kuasamu Johor.”

Bagaimanapun, JDT masih belum mendedahkan sebarang tarikh untuk mengadakan sesi latihan.