JDT Lancar Jersi Musim 2020

Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sebentar tadi telah melancarkan jersi untuk kegunaan musim 2020.

Pelancaran tersebut yang amat dinanti-nantikan oleh penyokong setia skuad Harimau Selatan diadakan di Dataran Bandaraya Johor Bahru.

Pelbagai aktiviti dan program turut telah diadakan sejak siang tadi khusus untuk penyokong-penyokong yang hadir.

Acara-acara yang telah berlangsung setakat ini sempena Majlis Pelancaran Jersi Baharu Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim…

Posted by JOHOR Southern Tigers on Saturday, February 1, 2020

Tepat jam 8 malam, ketibaan YAM Tunku Abu Bakar, Tunku Putera Johor diumumkan dari pentas utama.

Seraya itu, pelancaran jersi JDT musim 2020 mengambil tempat dengan sebuah video yang membariskan beberapa pemain JDT antaranya Liridon Krasniqi, Corbin Ong, dan Safawi Rasid.

Untuk pelancaran pada kali ini, JDt melancarkan dua jersi – masing-masing untuk kegunaan di tempat sendiri dan tempat lawan.

Merah dan biru adalah warna rasmi yang digunakan untuk perlawanan di laman sendiri, dan memaparkan sedikit persamaan dengan jersi pada musim lalu.

Mempunyai jalur ke bawah merah dan biru seperti jersi musim 2019, jersi musim 2020 seakan-akan mempunyai jalur yang sama. Tetapi kali ini ia hadir dengan jalur yang lebih nipis dengan warna biru dilihat sebagai warna dominan.

Untuk jersi kedua yang akan digunakan dalam perlawanan di tempat lawan, warna putih menjadi pilihan, dengan warna emas di bahagian kolar dan lengan menjadikan jersi ini kelihatan amat elegan.

Bagi penyokong yang hadir dan mendapatkan jersi tersebut pada malam ini, setiap pembelian akan disertakan dengan pass percuma untuk perasmian Stadium Sultan Ibrahim.