JDT Kemungkinan Tidak Dapat Menggunakan Stadium Baru ?

Johor Darul Ta’zim (JDT) menerima tamp@ran apabila Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Windsor Paul, mengesahkan Stadium Sultan Ibrahim belum diberi lampu hijau untuk digunakan dalam kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL). 

JDT dijadual merasmikan Stadium Sultan Ibrahim dalam aksi Piala Sumbangsih men3ntang Kedah, 28 Februari ini, empat hari sebelum juara bert@han Liga Super itu melayan kunjungan kelab Korea Selatan, Suwon Bluewings, untuk perlawanan kedua Kumpulan G dalam saingan ACL.

Namun, skuad Har!mau Selatan itu berdepan kemungkinan tidak dapat menggunakan stadium baru itu dalam masa terdekat ekoran masih belum mendapat kelulusan AFC.

“Apa yang Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah maklumkan kepada kami, disebabkan ada beberapa perkara belum selesai, kemungkinan JDT akan gunakan Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos atau jika sempat siap, perlawanan akan dijalankan di stadium baru,” kata Windsor.

Tiada pilihan, JDT perlu memenuhi spes!fikasi pertandingan AFC untuk memastikan stadium itu dapat digunakan bagi perlawanan di laman sendiri.

“Kebiasaannya, kami tidak benarkan pasukan bertukar stadium. Keadaan ini telah dimaklumkan sebelum pertandingan bermula, beberapa bulan dahulu. Jadi, perlu bersiap sedia terhadap peralihan daripada stadium lama ke stadium baru.”