JDT II menolak Perak II terus kekal di zon penyingkiran

IPOH: Dua jaringan di babak kedua membolehkan Johor Darul Ta’zim (JDT) mengatasi Perak FC II 2-0 dalam saingan Liga Perdana di Stadium Perak, sebentar tadi.

Dengan kemenangan ini, skuad bimbingan Rafael Francisco Sanchez melonjak ke tangga keempat liga, manakala anak-anak buah Syamsul. Saad terus kekal di zon penyingkiran dengan berada pada kedudukan kedua tercorot.

Perak seperti dijangka lemas dalam asakan pelawat sdalam tempoh 25 minit pertama permainan. malah JDT menguasai permainan sepenuhnya hingga memaksa tuan rumah berkampung di tempat sendiri.

JDT II menghidu peluang pertama seawal minit ketujuh tetapi rembatann kencang Fernando Rodriguez dari jarak 20 meter menggegar palang.

Pemain itu sekali lagi dinafikan jaringan apabila sepakan percuma singgah di palang.

Perak II cuba memberi saingan melalui s3r@ngan balas Ghislain Guessan tetapi tiada sokongan menyebabkan gerakannya mudah dipatahkan benteng JDT II.

Pelawat meneruskan ancaman di babak kedua dan seminit saingan berlangsung, Daryl Sham K K George menyaksikan percubaannya terkena tiang.

Fernando akhirnya berjaya menyudahkan gerakan pelawat tetapi jaringannya pada m-66 dibatalkan kerana ofsaid.

Namun penantian JDT menjaringkan gol berakhir apabila sepakan lencung Irfan Zainal dari sepakan percuma terus menerjah ke dalam gawang pada minit ke-70.

Perak cuba bangkit tetapi segala usaha mereka menemui jalan buntu.

Sebaliknya Daryl Sham menebus kehampaannya apabila menjaringkan gol kedua JDT pada minut ke-89 untuk melenyapkan cabaran tuan rumah. – UTUSAN