JDT dan Felda United gagal mencapai kata sepakat

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Felda United gagal mencapai kata sepakat untuk berkenaan pemain tengah kebangsaan berbakat, Danial Amier Norhisham.

Sekitar ogos lalu, Setiausaha Agung Felda United, Afizal Abu Othman mengesahkan juara Liga Super 2019 itu membuat tawaran rasmi untuk mendapatkan pemain berusia 22 tahun itu.

Bagaimanapun, menurut laporan Stadium Astro, majikan Danial telah meletakkan ‘harga’ RM1 juta bagi menebus baki kontrak yang berbaki sehingga akhir tahun ini.

Rundingan itu tidak mencapai kata sepakat dan ia menyaksikan Danial kekal bersama skuad The Fighters namun hasrat Danial untuk menyertai skuad Harimau Selatan masih tidak terpadam. 

“Bagi saya, jika ada rezeki, tidak ke mana. Sekarang saya bersama Felda, jadi perlu fokus di sini. Kami akan beri yang terbaik dalam baki semusim bersama Felda. Jika ada rezeki di Johor, ia takkan ke mana,”

sumber: foxsports

“Terasa ralat memang ada. Semua pemain di Malaysia mahu beraksi bersama JDT tetapi rezeki ada di mana-mana. Mungkin Allah sudah tulis rezeki saya bersama Felda musim ini.” katanya seperti daripada Stadium Astro.

Danial Amier menyertai Felda United sejak tahun 2017. Dia bermula daripada skuad Piala Presiden dan ketika ini menjadi antara tonggak utama skuad The Fighters sehingga menarik minat ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk memanggilnya menyarung jersi Harimau Malaya.