JDT Catat Rekod Terbaik Buat Kali Ketiga

Walaupun gagal meraih tiga mata ketika menentang Felda United, JDT sebenarnya mengulangi prestasi terbaik sejak 2013.

Kelab yang berpangkalan di Johor Bahru itu meraih tiga kemenangan berturut-turut apabila menewaskan Kedah 1-0, UiTM 2-1 dan PDRM 1-0.

Namun Felda berjaya mengikat JDT 1-1 di Stadium Sultan Ibrahim.

Ada yang mengkritik bahawa JDT tidak berada pada prestasi baik, namun 10 mata selepas empat perlawanan bukanlah rekod yang buruk.

Sebaliknya JDT mengulangi rekod baik 10 mata buat kali ketiga selepas musim 2016 dan 2019.

JDT pernah mencatatkan rekod paling buruk apabila mengumpul 4 mata sahaja dalam 4 perlawanan pertama.

Jadi agak tidak adil untuk mengatakan JDT mengalami prestasi buruk musim ini.