JDT beri ‘kerja rumah’

MELAKA: Jurulatih Melaka, Zainal Abidin Hassan mengakui perlu melakukan lebih banyak `kerja rumah’ bagi menghadapi saingan Piala Malaysia yang bermula 25 Oktober ini.

Ia selepas skuad kendaliannya dib3lasah 5-0 oleh juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi terakhir kempen musim ini di Stadium Hang Jebat Paya Rumput, malam tadi.

Menurutnya, jaringan pertama pelawat menerusi sepakan penalti pada minit ke-70 jelas menjejaskan tumpuan pemain yang sebelum itu berjaya meng3kang dan menyaingi anak buah Benjamin Mora.

“Pemain beraksi dengan begitu baik sehingga minit ke-70 perlawanan. Bagaimanapun, keputusan penalti membvnuh semangat pemain sehingga dib0losi lima gol dalam 20 minit terakhir.

“Saya akui pemain amat kec3wa dengan keputusan sepakan penalti namun sepatutnya mereka perlu membuang segera pera saan itu untuk meneruskan corak persembahan yang konsisten,” katanya selepas perlawanan.

Justeru, Zainal menuntut pemain menjaga em0si masing-masing pada saingan Piala Malaysia bagi mengelakkan situasi sama berulang.

“Saya akan gunakan tempoh dua minggu sebelum saingan berprestij itu untuk memantapkan m3ntal pemain selain memperbaiki kelemahan supaya kita mampu pergi lebih jauh pada saingan Piala Malaysia,” katanya.