JDT Bakal Cipta Rekod ?

2 hari menjelang sepak mula kejohanan CIMB Piala Sumbangsih 2020, yang juga merupakan pembuka tirai saingan Liga Malaysia musim 2020, kami akan cuba membawa anda semua melihat dari perspektif data dan statistik bagi pasukan JDT dan Kedah sebagai input penting sebelum ia berlangsung.

Seperti mana yang kita semua maklum, perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim itu nanti merupakan pertembungan kali ke 3 kedua-dua pasukan dalam 4 edisi terkini sejak 2017.

Bagi pasukan JDT sendiri pula, ini adalah penampilan ke 6 berturut-turut dalam Piala Sumbangsih sejak edisi 2015 dan mereka merekodkan 4 kali sebagai juara dan hanya sekali muncul sebagai naib juara, pada edisi 2017.

Berdasarkan rekod dalam 5 penampilan sebelum ini, JDT telah berjaya juara sebanyak 4 kali dan ini menjadikan peratusan kemenangan atau ‘winning rate’ pasukan ini adalah 80%.

Manakala untuk pasukan Kedah pula, mereka telah tampil dalam 7 perlawanan Piala Sumbangsih setakat ini dan 3 kali muncul sebagai juara. Dari 3 kejuaraan itu 2 kali adalah ditempat sendiri dan sekali ditempat lawan.

Jika dikira ‘winning rate’ Kedah adalah 42.8% secara keseluruhan, manakala jika berdasarkan venue, winning rate 50% ditempat sendiri dan 33% ditempat lawan.

Namun, ini adalah sari sudut data dan statistik sahaja dan dapat kita rumuskan bahawa JDT memiliki winning rate 80% yang hampir sekali ganda lebih tinggi dari pasukan Kedah 42.8%. Aksi sebenar diatas padang mungkin berbeza, tetapi untuk tujuan perbincangan serta pemerhatian trend atau kecenderungan boeh digunapakai.

sumber: vocketfc

JDT Bakal Cipta Rekod Yang Dilepaskan Oleh Selangor Sebanyak 2 Kali.

Pasukan JDT kini berpeluang untuk mencipta rekod sebagai pasukan pertama muncul juara Piala Sumbangsih sebanyak 3 kali berturut-turut pada edisi 2020.

Sebelum ini, pasukan Selangor mempunyai peluang yang sama sebanyak 2 kali untuk melakukan perkara yang sama namun, tumpas kepada lawan masing-masing.

Pada edisi 1998 pasukan Selangor tumpas 1-3 kepada pasukan Sarawak dan pada edisi 2011 Selangor juga tewas 0-2 kepada pasukan Kelantan dan mengagalkan misi mencipta rekod sebagai pasukan pertama menjulang kejuaraan Piala Sumbangsih sebanyak 3 kali berturut-turut sejak diperkenalkan pada tahun 1985.

Walau bagaimanapun Selangor masih memegang jumlah kejuaraan paling banyak ketika ini dengan 8 kali, namun semakin dekat ‘dihimpit’ oleh pasukan JDT yang dijangka akan muncul sebagai juara buat kali ke-5 minggu ini.