Jawapan Balas Ejen MatYo Berhubung Isu ‘Ghaib’

KUALA LUMPUR: Pengarah Urusan Offside Sports, Abdul Halim Abdul Shukor tampil menafikan dakwaan yang dibuat Norshahrul Idlan Talaha bahawa dia sebagai ejen cuba ‘mengelak’ penyerang kebangsaan itu.

Abdul Halim yang bertanggungjawab membawa Norshahrul atau Mat Yo menyertai kelab Thailand, BG Pathum United musim ini, menjelaskan bahawa tindakannya tidak menjawab panggilan telefon pemain berusia 34 tahun itu disebabkan terdapat kes yang sedang berjalan.

“Saya bukan menghilangkan diri tapi tidak mahu komen banyak kerana ada kes sedang berjalan antara Norshahrul, saya, seorang lagi ejen (dari) Thailand (Agency Pro24), kelab (BG Pathum United) dan Thai FA (Persatuan Bolasepak Thailand).

“Setelah mendapat pandangan undang-undang, saya pilih berdiam diri untuk tempoh ini. Sebelum Norshahrul tandatangan mandat ejen eksklusif dengan saya, tanpa pengetahuan saya, dia terdahulu menandatangani dengan seorang ejen dari Thailand.

“Bila Norshahrul tandatangan (kontrak) dengan BG Pathum United, ejen Thailand itu membuat aduan kepada Thai FA dan juga kelab berkenaan. Kes ini masih berjalan dan kemudian dengan kemunculan COVID-19, mungkin ambil masa yang panjang,” katanya.

BH Sukan hari ini melaporkan Mat Yo meluahkan rasa kecewa terhadap Abdul Halim yang didakwa gagal dihubungi tatkala dia sangat memerlukan bantuan.

Katanya, dia amat memerlukan khidmat nasihat daripada ejennya itu terutama dalam hal berkaitan dengan situasi semasa wabak COVID-19.

Selain itu, Abdul Halim menjelaskan dia sudah cuba menghubungi ejen Thailand itu untuk berbincang, namun ejen terbabit tetap berdegil untuk mengambil tindakan.

“Disebabkan itu, sampai sekarang BG Pathum United tidak membayar yuran ejen saya kerana kes tergantung.

sumber: BH

Namun, rakan kongsi saya di Thailand sentiasa menolong Norshahrul dalam hal harian seperti mencarikan rumah dan lain lain.

“Sebenarnya saya tidak mahu isu ini jadi (diketahui) umum tapi kerana Norsharul buat kenyataan yang saya menghilangkan diri, saya terpaksa jawab,” katanya.