Jaringan Safawi Rasid tercalon 10 gol tercantik Liga Juara-Juara Asia

Nampaknya 2019 memang tahun untuk Safawi Rasid.

Bukan sahaja dia membantu Johor Darul Ta’azim (JDT) mempertahan Liga Super dan memenangi Piala Malaysia, tetapi dia juga beraksi buat pertama kali di Liga Juara-Juara Asia dan juga berjaya menjaringkan gol dalam kejohanan tersebut.

Gol daripada pemain paling bernilai (MVP) Liga Malaysia 2019 itu terhasil dalam perlawanan berdepan Shandong Luneng di tempat lawan. Ketika JDT ketinggalan 2-0 menerusi jaringan dua bekas pemain Liga Perdana Inggeris, Marouane Fellaini dan Graziano Pelle, Safawi berjaya merapatkan kedudukan dengan satu jaringan persis Arjen Robben.

Mem0tong daripada sebelah kanan, Safawi mel3paskan satu r3mbatan padu yang mel3ngkung men3waskan Wang Dalei di ga wang Shandong.

Jaringan itu begitu cantik sehingga ia tercalon sebagai salah satu daripada 10 calon gol terbaik di Liga Juara-Juara Asia musim ini. Safawi perlu bersaing dengan sembilan calon lain, Islom Tukhtakhujaev (PFC Lokomotiv, vs Al Wahda), Gonzalo Viera (Al Rayyan, vs Al-Ittihad), Serginho (Kashima Antlers, vs JDT), Shojae Khalizadeh (Persepolis, vs Al-Ahli), Khojiakbar Aljonov (Pakhtakhor, vs Al Sadd), Kim Dae Won (Daegu FC, vs Melbourne Victory), Romarinho (Al Ittihad, vs Al-Rayyan), Khalid Muneer (Al-Duhail, vs Al-Hilal) dan Fabricio (Urawa Red Diamonds, vs Guangzhou Evergrande).

Peminat bolasepak tempatan terutamanya JDT boleh mengundi jaringan Safawi di laman web AFC. Siapa tahu, jaringan Safawi akan bergelar jaringan tercantik di Liga Juara-Juara Asia 2019 ini dan terus menaikkan namanya seperti ketika Faiz Subri memenangi Anugerah Puskas 2016 dahulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.