‘Jangan tolak tawaran kelab luar’

BINTANG muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Akhyar Rashid tidak harus mens!a-s!akan peluang andai mendapat tawaran beraksi bersama kelab luar negara.

Demikian pandangan bekas ketua jurulatih Kedah, Mohd Azraai Khor Abdullah berhubung kenyataan pemilik kelab JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebelum ini bahawa ada kelab Jepun berminat mendapatkan Akhyar secara pinjaman.

Katanya, JDT memiliki jaringan perhubungan yang baik dengan kelab luar negara dan usaha membuka peluang kepada pemain berbakat di dalam pasukan itu amat besar.

“Pada pendapat saya, dia (Akhyar) kena pergi dan ambil peluang itu (tawaran kelab luar),” katanya.

Mohd Azraai yang juga bekas pengendali Harimau Muda A berkata, beliau bagaimanapun turut bimbang sekiranya Akhyar hilang fokus berikutan pelbagai kontr0versi yang melandanya akhir-akhir ini.

“Secara per!badi, saya melihat Akhyar belum m4tang dan dia mungkin h!lang fokus. Pend3dahan saya sebelum ini dengan harapan ada pihak daripada keluarganya atau kelab beri dia kaunseling dan bimbingan.

“Kita tidak boleh terlalu beri tekanan kepadanya. Dengan peluang dan tawaran dari kelab bola sepak luar negara, dia kena ambil. Kita yakin ini untuk masa depan tetapi terpulang kepada dirinya.

“Apa yang TMJ buat itu untuk membuka pasaran pemain melalui rangkaian hubungan dengan kelab luar negara dan ia bagus untuk pemain muda JDT,” katanya.

Sementara itu, bekas penyerang kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli berkongsi pendapat dengan Azraai dan mahu Akhyar merebut peluang bermain di luar negara jika mendapat tawaran.

Katanya peluang beraksi dalam saingan liga luar boleh meningkatkan mutu permainan dan kualiti seseorang pemain.

“Akhyar adalah pemain berpotensi. Apabila menyertai JDT, ia amat bagus untuk kerjayanya kerana kelab ini memiliki pengurusan dan kemudahan bola sepak yang terkini. Namun, kerana persaingan hebat kita lihat dia sukar untuk mendapatkan minit perlawanan lebih lama dalam kesebelasan utama JDT. Tambahan pula posisinya di saingi hebat pemain termasuk import,” katanya.