Jangan ‘pancing’ dulu

MANILA: Semua 24 pasukan dalam Liga Malaysia (Liga-M) dirayu supaya tidak mengganggu pemain skuad bawah 22 (B-22) tahun negara yang sedang berjuang di saingan Sukan Sea Filipina, ketika ini.

Permintaan itu diluahkan pengendali pasukan, Datuk Ong Kim Swee yang tidak mahu fokus anak didiknya dig@nggu menerusi tawaran kontrak musim depan ketika pasukannya sedang berg3lut membvru kemenangan pertama dalam Kumpulan A selepas terikat 1-1 pada perlawanan menentang Myanmar, Isnin lalu.

Skuad negara sedang menjalani persiapan terakhir untuk berdepan tuan rumah, Filipina malam esok yang juga misi wajib menang bagi mencerahkan laluan ke separuh akhir.

Difahamkan, beberapa pemain utama skuad B-22 seperti tonggak pertahanan Kuala Lumpur, Irfan Zakaria, pemain tengah Kelantan, Nik Akif Syahiran, penyerang kelab Fagiano Okayama, Hadi Fayyadh Abd Razak dan lain-lain sedang dirisik beberapa pasukan Liga Super.

“Ini perkara biasa yang berlaku terutama apabila saingan liga tempatan sudah berakhir tetapi kali ini, saya minta supaya pemain saya diberi ruang untuk tugasan di Manila.

“Ini tugasan negara, kalau boleh saya minta agar mereka (pemain skuad B-22) diberi masa untuk memikirkan semua ini selepas berakhir Sukan Sea.

“Penting untuk mereka menumpukan perhatian pada temasya kali ini,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium Memorial Rizal, semalam.

Sementara itu, Kim Swee yakin peluang Malaysia masih terbuka untuk ke separuh akhir kerana empat pasukan mencatat keputusan seri pada perlawanan pertama.

“Saingan masih terbuka, kita tahu semua pasukan mempunyai satu mata, jadi kita harus konsisten dan kedua saya percaya kedudukan akan berubah. Saya percaya bahawa keputusan perlawanan pertama tidak akan menentukan keputusan pada perlawanan akhir,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.