‘Jangan Macam Ni Boh’

JUMLAH hutang yang dit4nggung Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) bukan sedikit apabila tungg4kan gaji membab!tkan hanya dua bekas pemain negeri itu mencecah hampir RM400,000.

Perkara itu did3dahkan dua pemain terbabit, Badhri Radzi atau ‘Piya’ dan Amiridzwan Taj Tajuddin dengan KAFA masih lagi mengambil sikap berdiam diri tanpa mengadakan sebarang rundingan untuk membayar gaji mereka sejak setahun lalu.

Situasi itu diburvkkan lagi apabila kes berkenaan yang sudah dibawa ke Jawatankuasa Status Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sejak empat bulan lalu, masih tidak ada keputusan.

Piya berkata, sehingga kini tunggakan gajinya berjumlah RM180,000 belum lagi mendapat sebarang maklum balas walaupun perkara terbabit sudah berlarutan lebih dua tahun.

Dia yang juga bekas pemain kebangsaan berkata, ketika pemain lain menarik nafas lega menerima pembayaran tunggakan gaji, dia pula tidak ubah seperti peminta sed3kah namun setiap permintaannya tidak dilayan.

“Ada baiknya pendedahan bekas penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat itu. Ia mungkin membuka mata semua pihak bahawa kami sebenarnya tidak menerima sebarang bayaran lagi walaupun kami dengar mereka sudah mendapat penaja baharu.

“Janganlah buat kami seperti ini dan ingatlah bekas pemain turut pernah menyumbang bakti kepada pasukan. Kami tiada niat untuk memburvkkan nama pasukan namun hutang tetap kena bayar dan selama mana kami perlu tunggu,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, semalam.

Semalam, Arena Metro melaporkan, KAFA masih gagal melunaskan tuntutan tunggakan gaji Khairul Fahmi berjumlah RM143,000.

Ia bermakna, KAFA perlu bersedia berdepan sebarang kemungkinan termasuk dikenakan tind4kan FAM apabila Khairul Fahmi memanjangkan perkara berkenaan kepada badan induk terbabit untuk tind4kan lanjut.

Sementara itu, Amiridzwan Taj ketika dihubungi turut mengesahkan dia berdepan tunggakan berjumlah lebih RM200,000 yang masih belum dilunaskan KAFA walaupun sudah membuat tuntutan lebih setahun lalu.

“Saya ada mendengar KAFA mendapat banyak penajaan namun sedikit pun tidak mahu membuat pembayaran gaji saya.

sumber: HM

“Mereka membuat pembelian pemain baharu untuk menguatkan pasukan sekali gus membuktikan KAFA mempunyai sumber kewangan untuk menyelesaikan hutang.

“Saya tidaklah k3jam untuk meminta KAFA menyelesaikan semua tunggakan gaji namun boleh mengadakan perbincangan bagi mencari kaedah terbaik baik membuat pembayaran secara ansuran,” katanya.