Jangan Kecewakan Saya

PENYRANG muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin bakal diperkenalkan secara rasmi sebagai pemain baharu KV Kortrijk dalam masa terdekat.

Pemilik KV Kortrijk, Tan Sri Vincent Tan berkata, pihaknya kini dalam persiapan akhir untuk mengumumkan perpindahan Luqman Hakim ke kelab Belgium tersebut dalam satu sidang media khas.

Saya mahu mengingatkan Luqman agar jangan kecew@kan rakyat Malaysia dan jangan kecew@kan saya sendiri. Luqman harus f0kus dan berikan tumpuan lebih daripada 100 peratus kerana dia sedang membawa nama Malaysia.

Saya tidak mahu perpindahan Luqman ke Belgium dipandang sepi kerana saya percaya inilah waktu terbaik dia buktikan bahawa pemain kelahiran Malaysia juga memiliki p0tensi besar bermain di peringkat Eropah, katanya kepada Sinar Harian semalam.

Pada masa sama, Vincent yang juga pemilik Cardiff City tidak mahu perpindahan Luqman Hakim ke Belgium semata-mata dinilai lebih kepada aspek komersial.

Sebaliknya, beliau menuntut anak muda berusia 18 tahun kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu membuktikan potensi yang ada pada dirinya, sekali gus menunjukkan kualiti terbaik pemain Malaysia.

Saya tidak mahu Luqman mensia-siakan peluang selepas berjaya menyarung jersi KV Kortrijk kerana dia bakal menjadi sand@ran penting buat pasukan kebangsaan dan rakyat Malaysia suatu hari nanti.

Bola sepak sukan nombor satu di Malaysia. Penyokong bola sepak juga ramai. Jadi Luqman harus menanam sikap untuk terus berusaha setiap hari dan setiap masa. Harus diingat Luqman bawa nama Malaysia, bukan namanya sahaja, katanya.

Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa Luqman Hakim dibenarkan untuk membuat permohonan kebenaran terbang merentasi luar negara bagi mendapatkan pelepasan khas daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kami hargai kenyataan Ismail Sabri yang memberitahu kerajaan memberikan pelepasan istimewa untuk kes Luqman ini. Kami akan adakan satu sidang media khas berhubung pemergian Luqman ke Belgium nanti, ujarnya