Jangan Biarkan Liga Malaysia Dikuasai Satu Pasukan

Dalam beberapa musim kebelakangan ini, Liga Malaysia sering kali dikuasai oleh satu pasukan sahaja iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT).

Hal ini telah menyebabkan pandangan pihak luar berasakan liga di negara kita kini didominasi oleh satu pasukan sahaja dengan tiada tahap kompetitif yang tinggi.

Memetik laporan The Star Online, jurulatih kelab Thailand iaitu Bangkok United, Alexandre Polking (gambar bawah) mengatakan liga di negara ini tidak sepatutnya dikuasai oleh satu pasukan sahaja.

“Liga Malaysia tidak sepatutnya menjadi Liga JDT. Ia menjadikan persaingan liga itu semakin sukar.”

“Selangor lazimnya mempunyai ramai pemain yang berkualiti yang beraksi di skuad kebangsaan. Tetapi, jika anda mahukan dia menjadi seorang yang begitu hebat, dia akan ke JDT.”

Bagi Polking, jurang antara pasukan-pasukan Liga Malaysia dengan JDT boleh dikurangkan sekiranya pasukan mempunyai fasiliti yang baik serta menggunakan sebaik-baiknya bakat muda yang ada.

sumber: semuanyabola

“Malaysia mempunyai ramai pemain muda yang berkualiti, pasukan perlu membangunkan bakat mereka untuk menjadikan pasukan lebih kompetitif.”

“Liga Malaysia tidak sepatutnya berharap kepada dua, tiga pasukan untuk mencabar JDT tetapi pasukan lain juga perlu percaya mereka turut boleh menjadi kompetitif dalam liga ini.