jangan biar sejarah berulang

Tiket ke separuh akhir Sukan SEA 2019 menjadi taruhan apabila Malaysia turun men3ntang Kemboja dalam aksi terakhir Kumpulan A di Stadium Memorial Rizal, pada Rabu.

Berdasarkan reputasi, Malaysia dilihat sebagai pilihan untuk mencatat kemenangan dan mara mengiringi Myanmar ke kelompok empat terbaik.

Namun, anak buah Dato’ Ong Kim Swee tidak boleh terlalu yakin, tidak boleh sesekali memandang rendah keupayaan Kemboja walaupun mereka lazimnya menjadi pasukan bel@sahan dalam setiap edisi. Kekuatan pasukan bimbingan Felix Dalmas itu kali ini jauh berbeza, dan Malaysia tidak boleh sesekali lupa pasukan yang sama inilah meng3jutkan mereka 1-0 di Kejohanan AFF B-22 pada Februari lalu.

Apatah lagi, Kemboja mengekalkan 14 pemain daripada skuad yang mem@lukan Malaysia di Phnom Penh termasuklah penjaring gol tunggal ketika itu Sath Rosib, selain beberapa pemain t0nggak lain seperti Orn Chanpolin, Sin Kakada, In Sodavid dan Sin Sophanat yang merupakan tunjang kekuatan mereka dan telah beraksi bersama sejak beberapa tahun.

Malaysia bukan sahaja wajib menang, tetapi lebih penting perlu memastikan kemenangan dengan defisit besar. Berdasarkan kualiti permainan yang telah ditunjukkan dalam tiga perlawanan awal, penyokong boleh dimaafkan andai mereka mempunyai ker@guan dengan kemampuan pasukan negara melakar kemenangan selesa, tetapi itu sahaja pilihan yang ada.

Malaysia tidak boleh sesekali bermain dengan tanggapan tiga mata sahaja sudah mencukupi sambil mengharapkan bantuan Timor Leste untuk memberi tentangan s3ngit dan menyvkarkan Filipina, ia akan menjadi kes!lapan besar dan berpotensi membuatkan kita berputih mata.

Perlawanan men3ntang Kemboja bukan sahaja misi hidup m@ti untuk meneruskan perjuangan di Sukan SEA dan menghidupkan peluang mer@mpas pingat emas yang kali terakhir dimenangi pada 2011, tetapi lebih dari itu demi maruah dan repvtasi, jangan ia terg@dai di tangan Kemboja.

Ayuh Adam Nor Azlin dan rakan-rakan, buktikan kredibiliti sebenar dan tepis segala kes@ngsian, sokongan rakyat Malaysia mengiringi perjuangan anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published.