jalani ‘trial’ bersama Kelab Divisyen 1 Korea Selatan

Bekas pemain pinjaman pasukan PKNP dari Filipina, Amani Aguinaldo dilaporkan kini sedang menjalani latihan bersama sebuah pasukan divisyen 1 saingan K.League, Incheon United.

Pemain pertahanan skuad kebangsaan Filipina yang juga tampil bersama skuad Sukan SEA di Manila tempoh hari menyimpan cita-cita besar untuk menarik barisan kejurulatihan kelab itu bagi mengikat beliau dalam saingan musim baru akan datang.

Sebelum ini Amani Aguinaldo beraksi dalam saingan Liga Super Malaysia dari secara pinjaman dari kelab asalnya iaitu Ceres Negros FC, tetapi mahu mencuba nasib dalam sesi percubaan terbuka itu selepas KLeague dikatakan membuka kuota pemain dari ASEAN musim 2020 nanti.

Sumber :  vocketfc

“Saya mahu melakukan yang terbaik untuk membuktikan yang saya cukup bagus untuk beraksi di Korea Selatan yang merupakan salah sebuah liga terbaik di Asia.”

Jika menjadi kenyataan, Amani Aguinaldo akan muncul sebagai seterusnya dari ASEAN yang beraksi untuk kelab tersebut selepas Luong Xuan Truong dan Nguyen Cong Phuong beraksi secara pinjaman dengan Incheon United pada musim 2016 dan 2019.