Jafri Firdaus meluahkan rasa kec3wa

Jafri Firdaus Chew melu4hkan rasa kec3wa dengan cara Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) ‘melepaskannya’ atas alasan dia gagal melepasi ujian kecergasan.

Lebih mengecewakan pemain itu, dia mahupun ejen tidak langsung diberitahu mengenainya sebaliknya mendapat tahu perkara itu melalui laman sosial.

“Saya terima benda jadi macam ini, tetapi saya tidak boleh terima cara KFA tangani perkara ini. Macam mana berita mengenai saya orang lain tahu dulu sebelum saya, tak jadi ambil saya bermain tetapi facebook yang tahu dulu. Saya bagi contoh, bini awak mengandung tapi jiran awak yang tahu dulu sebelum awak, apa awak rasa?” ujarnya.

Jafri Firdaus pada bulan lalu diumumkan sebagai salah seorang pemain yang akan menyertai Kedah bersama-sama Hadin Azman, Kpah Tchetche, Irfan Zakaria, Zukhairi Zulkepli, Tan Sheang Tsung dan Shahril Saari tetapi menegaskan kemasukan mereka bergantung kepada laporan perubatan yang merupakan syarat utama kontrak profesional pemain bolasepak.

Pada ketika semua pemain yang diumumkan itu lulus dan telah menandatangani kontrak dengan Kedah, Jafri Firdaus pula dilaporkan gagal ujian kecergasan memandangkan dia baru sahaja pulih daripada keced3raan yang dialami ketika menjalani latihan pusat bersama skuad B-23 kebangsaan.

sumber: foxsports

Sementara itu, terdapat dakwaan mengatakan bahawa pemain berusia 22 tahun itu sebenarnya telahpun menandatangani kontrak bersama Kedah sejak sebelum pengumuman kemasukannya dibuat justeru KFA dianggap sebagai cuba berdalih dalam hal ini.

“KFA tidak berkata benar, Jafri sudahpun tandatangan kontrak beberapa minggu lalu, ketika itu dia telah lulus ujian kecergasan dan laporan perubatan tanpa masalah. Dia alami keced3raan selepas itu bersama pasukan kebangsaan, kemudian ditendang dengan alasan gagal ujian kecergasan. KFA sepatutnya uruskan perkara ini mengikut prosedur, kita tunggu dan lihat apa berlaku seterusnya,” kata sumber terdekat dengan pemain itu.

Sebagai rekod, Jafri Firdaus memulakan karier profesional dengan mewakili Pulau Pinang pada 2016 sebelum menyarung jersi PKNS FC selama dua musim pada 2018 dan 2019.