Isu gaji akan selesai sebelum perlawanan dengan Selangor

IPOH: Perak FC masih menaruh kepercayaan dapat kekal dalam Liga Super tahun depan.

Berbaki empat perlawanan, Pengurus Besar Perak FC , Azman Noh berkata, pasukan The Bos Gaurus belum angkat bendera putih tanda kalah.

” Ada empat perlawanan lagi. Saya yakin pasukan masih punyai peluang. Perak tidak mengaku kalah selagi masih ada ruang untuk menyelamatkan diri.

“Kami bernasib baik kerana pasukan yang terbabit dalam persaingan menyelamatkan diri iaitu Melaka United dan Sri Pahang juga tidak menang minggu lalu.

“Pemain Perak perlu yakin dengan diri mereka dan terus berjuang mencari kemenangan dalam dua perlawanan walaupun sukar kerana bertemu pasukan kuat,” kata Azman.

Mengakui kekalahan kepada 0-2 UiTM FC Sabtu lalu merentap semangat Perak serta sebagai petunjuk kelemahan pasukan.

Katanya, ketua jurulatih sementara, Shahril Nizam Khalil telah lakukan yang terbaik berdasarkan bahan yang ada.

“Sebelum perlawanan itu kita jangka mampu mengutip mata tetapi malangnya yang terjadi sebaliknya,” katanya.

Berkaitan gaji tertunggak Azman berkata, ia akan dilangsai sebelum perlawanan dengan Selangor FC, nanti.

“Saya berharap pemain bersabar dan terus memberi tumpuan terhadap tugasan mereka,” katanya .

Sumber:UM

Justeru, beliau juga menyeru seluruh peminat terus memberi sokongan serta berdoa agar Perak FC kekal dalam Liga Super tahun depan.