Inilah Punca Gaji Pemain Tidak Dibayar Sebelum Aidilfitri

Asmirul Anuar Aris menganggap kegagalan untuk menyalurkan peruntukan RM1.5 juta bayaran gaji pemain Kedah adalah berpunca daripada krisis politik negeri ketika itu.

Bekas Setiausaha Kehormat KFA itu berkata, tunggakan tersebut boleh diselesaikan jika tidak berlaku pertukaran kepimpinan dalam kerajaan negeri Kedah.

“Kami telah mempunyai perancangan untuk menyelesaikannya tetapi tiba-tiba kerajaan negeri Kedah yang diterajui Datuk Seri Mukhriz Mahathir dijatuhkan kira-kira seminggu sebelum Aidilfitri,” katanya seperti dilaporkan Sukan Sinar.

“Kami sebagai kerajaan negeri pada waktu itu ada strategi untuk menyelesaikan masalah hutang tersebut selepas ancaman pandemik COVID-19 semakin berkurangan.

“Sebaliknya, pemerintahan kerajaan negeri dirampas. Kerajaan baharu perlu selesaikan masalah. Sepatutnya luluskan peruntukan RM1.5 juta dulu untuk tunggakan gaji pemain dan bukannya persoalkannya.

Asmirul turut mempertahankan isu tunggakan gaji yang berlaku ketika di bawah pentadbirannya, dengan menyatakan isu tunggakan sudah wujud sejak zaman pentadbiran terdahulu.

sumber: football

“Semasa kami mengambil alih KFA daripada Datuk Seri Bashah Ahmad Hanipah sebelum ini pun mempunyai masalah yang sama tetapi kami tidak bising, sebaliknya berusaha untuk menyelesaikannya.”