Inilah Harga Yang Perlu Dibayar Oleh JDT Untuk Dapatkan

Pasukan yang mahu mendapatkan khidmat dua pemain tengah Thailand iaitu Sarach Yooyen dan Thitipan Puangchan perlu membayar harga yang tinggi.

Sebelum ini, pasukan dari Malaysia iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) dikhabarkan berminat untuk mendapatkan khidmat Sarach dan baru-baru ini, nama Thitipan turut muncul sebagai pemain yang bakal berhijrah ke skuad Harimau Selatan itu.

Menurut data yang dikeluarkan oleh Transfermrkt, nilai pasaran semasa Sarach ialah RM1.5 Juta manakala Thitipan pula RM2.2 Juta.

Akan tetapi, media Thailand berpendapat mana-mana pasukan perlu membayar lebih daripada nilai pasaran semasa jika mahu mendapatkan kedua-dua pemain.

Pertama, Sarach dan Thitipan merupakan pemain regular dalam skuad kebangsaan Thailand dan keduanya pernah memenangi gelaran di peringkat antarabangsa seperti kejuaraan Piala AFF Suzuki.

Seterusnya, kedua-dua ini mempunyai pengalaman luas beraksi di pentas terbesar bola sepak rantau Asia.

Sarach pernah beraksi di pentas AFC Champions League (ACL) bersama Muangthong United dan Thitipan pula pernah menyarung jersi Oita Trinita dalam saingan Liga Jepun.

Apa yang pasti, kedua-dua pemain ini sememangnya mempunyai kualiti yang tersendiri dan mereka dilihat mampu untuk membantu pasukan Liga Malaysia untuk meningkatkan prestasi serta kemampuan pasukan.