Ini Punca Kedah Darul Aman FC Menang

Pengendali Sri Pahang FC, Dollah Salleh kec3wa di atas layangan kad merah kepada Herold Goulon di babak pertama perlawanan yang disifatkannya menjadi antara faktor kekalahan 1-3 skuad Tok Gajah kepada Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di Stadium Darul Aman semalam.

“Layangan kad merah itu sebenarnya membuatkan kita bermain dalam keadaan tertekan kerana sebelum itu kami sudah beraksi dengan baik.

“Matlamat untuk mendapatkan kemenangan ataupun sekurang-kurangnya seri terbantut.

“Saya agak kec3wa dengan keputusan itu, dan kami di luar padang pun tak sangka pengadil keluarkan kad merah dan kedudukan masa itu saya rasa Herold Goulon dan Kpah Sherman dalam situasi 50-50.

“Kami terpaksa buat satu perancangan baharu selepas menyamakan kedudukan dan ubah corak permainan,” katanya.

Dollah juga berkata semua pemainnya bagaimanapun sudah bermain dengan sepenuh hati untuk cuba mendapatkan keputusan yang diharapkan.

“Inilah bola sepak, kita kena terima hakikat ini,” katanya.

Tambah Dollah lagi, ketumpulan jentera ser@ngannya juga menjadi antara faktor kegagalan mendapatkan gol tambahan atau sekurang-kurangnya mendapatkan satu mata di tempat lawan.

“Peny3rang import pula setakat ini belum lagi mendapat rentak dan dilihat tumpul serta masih lagi tidak memberi anc@man kepada pihak lawan,” katanya.