Ini Pesan Tristan Do Kepada Mat Yo

“Faktor usia bukan halangan, jadi usah takut, ” pesan pertahanan Bangkok United, Tristan Do, buat peny3rang berpengalaman negara, Norshahrul Idlan Talaha, yang menyertai Liga 1 Thailand.

Pemain yang dikenali sebagai Matyo itu menc3tus sensasi apabila membuat keputusan untuk berkelana ke Thailand bagi menyertai BG Pathum United.

Dengan menandatangani kontrak selama setahun, dia perlu berdepan cabaran hebat selaku penyerang import ketika usianya sudah menjangkau 34 tahun.

“Saya tidak fikir faktor usia akan menjadi masalah kerana ia hanya mengenai kecergasan.

“Saranan saya adalah supaya dia tidak berasa takut untuk ke sana.

“Ia sentiasa bagus untuk menyertai liga yang lebih besar dan membuktikannya di atas padang,” katanya.

Tristan, yang juga pertahanan skuad kebangsaan Thailand, membantu Bangkok United menewaskan Hanoi FC 3-0 dalam Piala Cabaran Asia di Stadium Shah Alam semalam.

Dengan kejayaan itu, pemain kelahiran Perancis berkenaan menyasarkan untuk membenam Selangor dalam aksi kedua malam ini.

“Kami bermain baik sebagai satu pasukan.

“Ia masih pramusim, jadi amat jelas, kami tidak mengharapkan kesempurnaan.

“Tetapi usaha keras dan mentaliti setiap pemain amat baik.

“Ia pasti menjadi perlawanan yang hebat malam ini,” tambahnya.