Ini Pandangan TMJ

Sejak kebelakangan ini, terdapat beberapa pihak yang mencadangkan kepada MFL dan FAM supaya menetapkan bayaran gaji siling kepada pemain.

Ini selepas beberapa pasukan Liga Malaysia berdepan dengan masalah tunggakan gaji pemain, sehingga ada pihak mendakwa membayar gaji yang mahal kepada pemain menjadi punca kepada berlakunya kr!sis kewangan.

Namun bagi Tunku Ismail Sultan Ibrahim, pasukan Liga Malaysia seharusnya berbelanja dan menguruskan kewangan mengikut kemampuan masing-masing.

“Pemain tidak perlu harga siling,” katanya menerusi akaun Twitter peribadinya.

“Pengurusan kelab perlu lebih berdisiplin dalam berbelanja mengikut kemampuan pasukan.

“Segelintir pihak juga perlukan pentadbir baharu dalam pasukan.”

Kata-kata itu mungkin merujuk kepada pasukan Kedah yang dilaporkan berdepan dengan masalah hutang berjumlah RM10.6 juta. Pasukan itu juga baru sahaja keh!langan Azmeer Yusoff yang membuat keputusan untuk tidak menyambung kontrak.

Selain itu, Kelantan FA juga menghadapi masalah hutang kira-kira RM5 juta, mempunyai tiga kes FIFA dan kehilangan penaja utama.

Pulau Pinang baru sahaja mula menyelesaikan tunggakan gaji bernilai RM12 juta.

Melaka United juga dilaporkan masih mengalami masa lah kewangan sehingga keh!langan pemain Thailand, Naruphon Putsorn yang bertindak menamatkan kontrak lebih awal.