Ini Bakal Dinikmati Mat Yo Di BG Pathum United

Berita penghijrahan Norshahrul Idlan Talaha ke kelab BG Pathum United dalam saingan Thai League 1 sememangnya diraikan oleh semua peminat bola sepak Malaysia khususnya yang telah lama mahu pemain-pemain sepertinya keluar dari cabaran domestik.

Mungkin ramai yang tidak menyedari BG Pathum United memiliki seorang pemain tengah yang cukup berwibawa sehingga berjaya meraih kontrak pinjaman dari kelab J1 League pada musim 2019.

Thitipan Puangchan, berjaya membantu Thailand lolos ke peringkat kalah m@ti kejohanan Piala Asia 2019 yang lalu, sebelum kalah tipis 1-2 kepada pasukan China. Ketika itu aksi Thitipan Puangchan telah mencvri tumpuan beberapa kelab dari luar Thailand terutamanya dari Jepun.

Oita Trinita menjadi destinasi Thitipan Puangchan untuk musim 2019 dimana beliau berjaya tampil dalam 23 perlawanan keseluruhan, merekodkan 1,205 minit permainan dan menjaringkan 1 gol ketika bertemu Vissel Kobe.

Berdasarkan laporan dari media Thailand dan Jepun, Oita Trinita mahu mengekalkan Thitiphan Puangchan bersama mereka untuk aksi musim 2020 dengan status pinjaman, namun perkara itu ditolak oleh CEO BG Pathum United FC yang mahu menjual terus Thitiphan Puangchan atau mereka akan memanggil pulang untuk membantu BG Pathum United dalam aksi Thai League 1 musim 2020.

sumber: vocketfc

Oleh sebab itulah, kini Thitiphan Puangchan kembali menguatkan pasukan dan Norshahrul Idlan Talaha akan banyak menerima hantaran-hantaran dari beliau untuk disudahkan ke dalam gol lawan.