Indonesia Minat Safawi

MENJADI dvri dalam daging ketika Malaysia menump@skan Indonesia 2-0 pada perlawnan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 November tahun lalu menyebabkan tonggak kebangsaan Safawi Rasid mendapat perhatian media seberang laut selepas tersebarnya berita perpindah pemain itu ke kelab liga utama Portugal Portimonense SC.

Walaupun lvka kekalahan 0-2 di Stadium Nasional Bukit Jalil masih lagi berbekas hingga menutup peluang Sang Garuda melangkah ke pusingan seterusnya, namun pada satu sudut lain perpindahan Safawi turut membanggakan negara jiran itu.

Seperti sedia maklum, setakat ini tiada lagi pemain Asia Tenggara beraksi di Liga Portugal dan kehadiran Safawi nanti turut menaikkan lagi martabat bola sepak di rantau ini seterusnya menjadi pemb@kar semangat kepada pemain lain untuk turut melebarkan sayap ke eropah.

Kehebatan pemain Johor Darul Tazim (JDT) itu tidak perlu disangkal lagi apabila rata-rata barisan skuad kebangsaan Indonesia mengakui kekuatan kaki kiri Safawi yang begitu luar biasa.

Jurulatih sementara skuad Sang Garuda ketika tew@s tahun lalu, Yeyen Tumena pernah mengakui kehebatan Safawi dengan mengakui bakat yang dimiliki individu terbabit ketika beraksi men3ntang Malaysia.

“Saya sudah lihat Safawi dari Sukan Asia, dia pemain yang sangat bagus. Waktu itu, main di Jakarta. Dia sempat cetak (jaringkan) gol l@wan Korea Selatan. Kaki kirinya sangat berbah@ya. Dia mempunyai bakat luar biasa,” katanya.

Pada perlwanan kedua Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 Malaysia men3ntang Indonesia tahun lalu menyaksikan Safawi meled@k dua gol untuk mencipta kemenangan bergaya 2-0.