Indah Khabar Dari Rupa

Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dikhabarkan masih belum membayar tunggakan gaji pemain seperti yang dijanjikan persatuan itu sebelum ini.

Menurut perkongsian di Instagram Story mikik beberapa pemain seperti Irfan Zakaria, Shakir Hamzah dan Farhan Roslan, mereka menyifatkan janji KFA sebagai “indah khabar dari rupa”.

Sebelum ini, pemain Kedah dikhabarkan hanya menerima gaji bulan Februari sebanyak 50 peratus manakala gaji bagi bulan Mac dan April masih lagi belum dibayar.

Setiausaha Kehormat KFA, Asmirul Anuar Aris kemudiannya memaklumkan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Utama Mukhriz Mahathir telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.5 juta untuk melangsaikan gaji pemain dan pegawai pasukan.

Akan tetapi, pemain dilihat masih belum menerima sebarang bayaran dan yang lebih menyedihkan, esok merupakan sambutan Hari Raya Aidilfitri

sumber:- VocketFC.com