Impak Besar Kemenangan JDT Kepada Pengiraan Ranking Malaysia

1 kemenangan dalam saingan AFC Champions League adalah bernilai 3 mata dalam pengiraan AFC MA ranking, dan boleh dianggarkan bahawa 3 kemenangan diperlukan dalam saingan AFC Cup jika mahu mengutip mata yang sama untuk dimasukkan dalam pengiraan AFC MA ranking.

Ini adalah perkara yang penting untuk semua peminat bola sepak Malaysia tahu atau secara mudahnya inilah perbezaan magnitud merit mata yang diperolehi dalam kedua-dua pertandingan tersebut.

Dan kemenangan pasukan JDT keatas pasukan Suwon Samsung Bluewings semalam jelas memberikan impak besar apabila 3 mata disumbangkan oleh JDT kepada pengiraan AFC MA Ranking Malaysia.

Ketika ini untuk kutipan musim 2020, Malaysia telah berjaya mengutip 3.600 mata dan menjadikan jumlah 4 tahun terkini kepada 16.078 mata.

Berdasarkan pengiraan peratusan relatif kepada MA yang mempunyai mata paling banyak, Malaysia telah berjaya mencatat kutipan sekitar 25.223 mata dimana jurang diantara Indonesia telah dilebarkan dan hanya dipisahkan dengan margin sekitar 0.430 mata dengan Singapura dikedudukan ke-9 Asia Timur.

Pada hemat kami, jika pasukan JDT mampu meneruskan rentak konsisten mengutip mata dalam peringkat kumpulan AFC Champions League 2020, Australia diramalkan akan dipintas oleh Malaysia dan optimis mampu mengambil alih kedudukan ke-7 dari tangan Vietnam.

sumber: vocketfc

Slot AFC Champions League Malaysia untuk musim 2022 juga boleh dikatakan terjamin selepas pencabar terdekat Malaysia iaitu Indonesia diramalkan tidak mampu mengambilalih kedudukan ke-10 Asia Timur kerana jurang perbezaan yang amat besar.