Menandatangani Pemain Kebangsaan Nigeria Hingga 2024

NANTES membuat pilihan menandatangani pemain kebangsaan Nigeria, Moses Simon menerusi perjanjian empat tahun ketika aksi menarik perhatian semasa dipinjamkan di kelab Perancis itu pada musim yang baharu berlalu.

Simon, 24, meledak sembilan gol dan membantu menghasilkan lapan jaringan dalam 30 perlawanan buat Nantes selepas menyertai kelab itu dengan pinjaman setahun dari wakil Sepanyol, Levante pada Ogos lalu.

“Dia sangat pantas dan sangat kuat dalam aspek teknikal. Dia juga sangat bagus ketika serangan balas. Dia ancaman kepada pertahanan,” menurut jurulatih Nantes, Christian Gourcuff mengenai Simon, yang diundi sebagai pemain terbaik musim ini oleh penyokong kelab itu.

Simon mempunyai 30 kap penampilan buat Nigeria dan bersama skuad yang menduduki tempat ketiga Piala Negara Afrika di Mesir, tahun lalu.

Dia terlepas saingan Piala Dunia 2018 berikutan keced3raan.

Nantes berada di tangga ke-13 carta liga apabila musim bola sepak Perancis diisytihar berakhir pada April kerana pandemik Covid-19.