Ifedayo kembali ke pangkuan Melaka

Penyerang licik Melaka United kelahiran Haiti, Sony Norde kekal menyarung jersi skuad berkenaan musim depan.

Ketua Pengawai Eksekutif Melaka United Football Club (MUFC) Datuk Seri Justin Lim berkata, selain penyerang berkenaan, dua import musim ini Manuel Ott dan Adriano Narcizo akan terus bersama pasukan.

Katanya, khidmat peny3rang kelahiran Brazil, Giovane Gomes pula tidak disambung sementara bekas peny3rang Selangor FC, Ifedayo Olusegun kembali menyertai pasukan itu.

Bekas pel3dak kelahiran Nigeria itu pulang ke pangkuan pasukan Hang Tuah selepas tiga tahun meninggalkan skuad berkenaan.

Prestasi cemerlang Ifedayo musim ini antara pilihan Melaka menawarkan tempat sekali gus diyakini mampu memberi pulangan lumayan kepada skuad Hijau Putih.

Ifedayo mula menyarung jersi Felda United 2017 sebelum menyertai Melaka 2018 dan ke Selangor selepas itu namun kali ini kembali semula menyertai skuad Hang Tuah.

Apa yang pasti pengekalan barisan import serta kehadiran Ifedayo bakal memperkuat skuad Melaka bagi mengharungi musim 2022 yang mencabar.

sumber : arena metro

Melaka yang beraksi cemerlang di pentas Piala Malaysia mara ke separuh akhir musim ini, namun tewas kepada Kuala Lumpur City (KL City) pada penentuan sepakan penalti.