“Ia satu kenyataan yang tidak profesional.”

Presiden Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), Safee Sali menjelaskan bahawa Shukor Adan tidak perlu membuat permohonan maaf sepertimana yang dikehendaki Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), Yang Berhormat Damian Yeo Shen Li.

Damian Yeo nyata b3rang dengan tindakan bekas pemain Melaka United itu yang memfailkan afidavit terhadap MUSA bagi menuntut tunggakan gaji serta bonusnya.

Sehubungan dengan itu, Damian mahu pertahanan berusia 40 tahun itu meminta maaf sekiranya ingin mendapatkan gajinya yang tertunggak.

Menurut sumber Stadium Astro, Safee Sali melihat tiada keperluan buat Shukor Adan untuk meminta maaf kerana beliau sudah melalui proses yang betul untuk mendapatkan haknya.

Safee juga turut beranggapan Damian tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Ia satu kenyataan yang tidak profesional.”

“Pengurusan seharusnya bersikap terbuka mengenai (masalah) kewangan yang dialami, termasuk pemain sendiri.”

“Jika menghadapi masalah kewangan, mereka harus menyatakannya dan tidak membuat sebarang janji untuk membuat pembayaran.”

“Janji itu sudah lama dilafazkan oleh pihak tertentu.”

“Saya berasakan Shukor Adan tidak perlu memohon maaf,” ujar Safee Sali yang kini beraksi bersama PJ City FC.

sumber: semuanyabola

Damian sebelum ini turut mencuri tumpuan banyak pihak apabila memuatnaik ciapan yang berbunyi: “Syukor [Shukor] Adan, if you are playing with fire than I shall give you fire.” 

Diharapkan kemelut ini dapat diselesaikan dengan baik oleh kedua-dua pihak untuk kesejahteraan bersama!