‘hint’ yang diberikan sama sekali menutup spekulasi

Seperti diumumkan oleh kelab Vissel Kobe, mereka membuat keputusan untuk tidak melanjutkan khidmat peny3rang Jerman, Lukas Podolski untuk musim 2020.

Pelbagai spekulasi timbul setelah pengumuman tersebut. Antara yang paling kuat dikaitkan dengan pemain tersebut adalah juara Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Ia dikuatkan lagi dengan lawatan bekas peny3rang Arsenal dan Bayern Munich itu ke Johor Bahru pada minggu lalu serta bertemu dengan pemilik JDT, Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Bagaimanapun, menerusi laman twitter Podolski, pemain itu memberikan bayangan untuk terbang ke Turki dan pasukan yang mendapat gelaran The Scorpion atau Akrepler (dalam bahasa Turki) bakal menjadi destinasi seterusnya.

Dipercayai pasukan yang akan disertainya ialah Antalyaspor yang bermain dalam saingan Turkish Super Lig. Ketika ini pasukan tersebut berada di kedudukan ke-16 liga.

Turki bukanlah suatu negara asing buat pemain kelahiran Poland ini. Dia pernah beraksi bersama salah sebuah gergasi Turki, Galatasaray dari sekitar tahun 2015 hingga 2017 sebelum bermain di Jepun.

Nampaknya ‘hint’ yang diberikan oleh Podolski ini sama sekali menutup spekulasi Lukas Podolski untuk menyarung jersi JDT lebih-lebih lagi kuota pemain import skuad Harimau Selatan telah penuh pada saat ini.