Hilang Khidmat Tonggak Utama

Felda United akan keh!langan tonggak utama, Daniel Amier Norhisham, bagi aksi awal Liga Super bermula hujung bulan ini apabila pemain tengah itu terpaksa menj@lani pemb3dahan tul@ng metat@rsal.

Pemain yang mesra disapa Boy itu dihimpit keced3raan berkenaan sejak awal tahun lalu.

Ia menyebabkannya sering terlepas perlawanan bersama skuad The Fighters itu musim lalu dan kini mengambil keputusan untuk menjalani pemb3dahan sebelum liga bermula.

“Sebenarnya, keced3raan itu sudah lama berlaku ketika dia bersama pasukan kebangsaan,” kata Setiausaha Agung Felda United, Afizal Abu Othman.

“Tetapi pada ketika itu, dia masih belum memerlukan pemb3dahan di tulang tersebut.

“Setelah berbincang dengan Daniel, kami berharap agar dia dapat segera pulih.

“Musim lalu, dia terlepas lima atau enam perlawanan.

“Kami rasa setiap perlawanan pada awal musim ini amat penting buat Felda United,” katanya.

Boy akan menjalani pembedahan Selasa ini dan perlu berehat sekurang-kurangnya tiga minggu.

Ia bermakna dia akan terlepas perlawanan pembukaan menentang Petaling Jaya City FC pada 1 Mac ini.