helah Filipina

JURULATIH skuad B-22 negara, Datuk Ong Kim Swee menyuarakan keb!mbangan dengan kebangk!tan Filipina menjelang pert3mbungan wajib menang pada saingan Sukan Sea 2019 di Stadium Memorial Rizal, Manila malam esok.

Jelas Kim Swee, skuad Junior Azkals ketika ini ibarat harimau terlvka susulan kek@lahan 1-2 di tangan Myanmar dalam Kumpulan A kelmarin dan pastinya mahu bangkit membvru kemenangan pertama bertemu Malaysia.

Malah, faktor kedua yang turut menggus@rkan jurulatih berusia 49 tahun itu adalah kelibat ketua pasukan tuan rumah, Stephan Schrock yang dilihat mampu memberi anc@man kepada b3nteng negara.

Untuk itu, beliau mengingatkan anak buahnya supaya memberi sepenuh tumpuan dan mengelak daripada melakukan kesilapan mudah.

“Ya, kami tahu kekalahan tuan rumah kepada Myanmar semalam (kelmarin). Jadi kami harus berwaspada di sini… kami tahu Filipina dah tewas dan seri sekali jadi mereka tak boleh lagi keh!langan mata.

“Kami pasti akan diasak seperti saya katakan yang mana ini pasti akan memberikan kami saingan sengit.

“Bukan itu saja, anda boleh lihat Filipina diwakili dua pemain lebih umur memberi suatu perbezaan yang cukup ketara yang mana mereka bermain cukup baik bagi saya terutamanya pemain bernombor 17 (Schrock) adalah nadi Filipina.

“Jadi kami tak boleh ambil mudah atau mencari jalan mudah dengan memikirkan boleh menang begitu mudah,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan terakhir semalam.

Skuad negara yang meraih pingat perak pada Sukan Sea Kuala Lumpur dua tahun lalu memulakan kempen seri 1-1 dengan Myanmar Isnin lalu.

Bagi memastikan pemain negara benar-benar mengenali lawan yang akan ditemui malam ini, Kim Swee buat julung kali membawa barisan pemain ke stadium untuk melihat aksi tuan rumah kelmarin.

“Penting mereka (pemain) harus faham apa tugas mereka dengan datang pada perlawanan semalam (kelmarin) dan sesi video yang akan saya tunjukkan dan mungkin mereka akan lebih cepat memahami.

“Apabila kami berada di sini dan jur@ng antara hotel dan stadium tidak jauh, saya fikir ini amat baik buat pemain untuk datang melihat, bukan saja pasukan Filipina malah untuk perlawanan akan datang,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.