Hasrat Podolski mungkin tidak kesampaian

Kuota pemain import yang sudah penuh menjadi batu penghalang kepada pemenang Piala Dunia 2014, Lukas Podolski untuk menyertai gergasi Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Minat Podolski untuk menyarung jersi skuad Harimau Selatan itu diakui sendiri oleh pemilik JDT, Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim sepertimana yang dilaporkan oleh semuanya bola pada hari ini.

“Ya, Podolski ada menghubungi saya menyatakan minatnya untuk menyertai JDT. Dia akan datang ke sini (Johor Bahru) untuk proses perbincangan.”

”Tetapi kita tidak boleh buat keputusan lagi kerana kuota pemain import kita pun sudah penuh, mungkin perbincangan ini juga boleh menjurus kepada kerjasama yang lain,” katanya yang juga Pemangku Raja.

Pasukan yang dibimbing oleh Benjamin Mora ini sudah mempunyai lima pemain import. Dan itu sahaja jumlah pemain import yang dibenarkan oleh badan pengendali liga, Malaysian Football League (MFL).

Mereka ialah Diogo Luis Santo (penye rang), Gonzalo Cabrera (pemain sayap), Leandro Velazquez (pemain tengah menye rang), Hariss Harun (pemain tengah) dan Mauricio (pertahanan).

Podolski yang terkenal dengan rembatan ‘padu’ menerusi kaki kirinya itu masih bersama kelab berpengkalan di Jepun, Vissel Kobe dan dia baru sahaja merangkul Piala Maharaja setelah menewaskan Kashima Antlers dalam pertembungan final pada rabu lalu.

Musim 2020, kelibat penye rang berusia 34 tahun itu mungkin akan kelihatan di Johor Bahru untuk menen tang JDT dalam saingan Liga Juara-Juara AFC memandangkan kedua-dua kelab ini telah diundi dalam kumpulan yang sama iaitu Kumpulan G.

”Rezeki buat JDT kerana sebelum ini kami perlu memburu pemain, tetapi sekarang sudah berubah kerana pemain pula yang mencari kami untuk menyertai pasukan.” tambah Tunku Ismail.