Harimau Malaya Bakal Dapat Pemain Naturalisasi Ketiga Dalam Masa Terdekat

Selepas Liridon Krasniqi memperolehi status kerakyatan, seterusnya layak didaftarkan sebagai pemain naturalisasi negara, pertanyaan turut terarah kepada seorang lagi calon, Guilherme de Paula.

Sebelum ini Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkata beberapa perkara berkaitan dokumentasi pemain tersebut harus diselesaikan untuk membenarkan pemain peny3rang berusia 33 tahun itu menyarung jersi pasukan negara.

Stuart ketika menjelaskan perkara tersebut kepada Sinar Harian berkata, FAM berharap perkara tersebut dapat diselesaikan di dalam tempoh beberapa minggu sahaja lagi.

“Untuk permohonan De Paula, kita perlu lebih masa untuk pastikan [permohonan] tiada halangan dan menepati syarat FIFA,” kata Sturt kepada pemberita.

“Harap dapat selesai seminggu dua lagi untuk pastikan peluang De Paula sarung jersi negara.

“Sama seperti Liridon, kerana ketika dia mewakili Kosovo, negara itu bukan ahli FIFA dan perlawanan yang dilaluinya tidak diiktiraf, tapi setelah Kosovo menjadi ahli FIFA, semua dokumentasinya diiktiraf.”

Menurut Stuart lagi, FAM melihat perkara berkaitan naturalisasi pemain sebagai perkara yang amat serius.

sumber: semuanyabola

Ini bermakna badan induk bola sepak negara itu hanya akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mengesyorkan nama pemain yang sesuai bagi menyarung jersi skuad Harimau Malaya.

“FAM tidak akan sewenang-wenangnya mencadangkan kepada KDN untuk memberikan taraf kewarganegaraan kepada individu untuk menyertai skuad kebangsaan,” tambah beliau lagi.