harap kehadiranya beri imp@k

Stiker popular Kedah, Kipre Tchetche dan Kpah Sherman mengakui mereka tidak mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri bagi membantu Lang Merah menghadapi saingan Liga Malaysia dan kelayakan Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2020.

Kipre, 31, berkata, Kpah telah membuktikan kemampuannya pada musim 2019 selaku peny3rang berb@haya dan beliau gembira apabila dapat beraksi bersamanya pada musim hadapan bersama Lang Merah.

Menurut pemain kelahiran Ivory Coast itu, beliau berharap gandingannya bersama Kpah mampu memberikan !mpak kepada jent3ra s3r@ngan Kedah pada musim 2020.

“Kami pernah bertemu dan bersaing di Liga Tanzania, Afrika dan juga di Malaysia sebelum ini. Musim depan kami akan bergandingan bersama sebagai satu pasukan untuk membantu Kedah pula.

“Saya teruja untuk menyertai Kedah kerana sering muncul tiga pasukan teratas di Liga Malaysia. Sasaran saya pada musim 2020 ini adalah untuk membawa pulang piala untuk pasukan ini,”kata bekas peny3rang Terengganu FC itu kepada media selepas Majlis Menandatangani Kontrak Pemain Pasukan Liga Super Kedah 2020 di Wisma Darul Aman hari ini.

Majlis menandatangani kontrak disempurnakan Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Mohd Asmirul Anuar Aris dan disaksikan Presiden KFA, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bersama semua pengurusan tertinggi KFA.

Sementara itu, Kpah Sherman, 27, yang juga bekas peny3rang PKNS FC berkata, beliau mengakui gembira apabila secara rasmi menyertai Kedah bagi musim 2020 kerana berada bersama sebuah pasukan yang mempunyai penyokong dan pengurusan hebat.

Jelasnya, sasarannya adalah mahu terus menjadi antara peny3rang terbaik di Liga Malaysia pada musim hadapan.

“Saya sudah mengenali Kipre secara peribadi sudah lama dan buat masa ini saya sedang menyesuaikan diri dengan pemain-pemain dalam pasukan Kedah.

Penyokong banyak memberikan sokongan dan saya perlu memberikan aksi terbaik pada masa hadapan untuk mereka,” kata pemain kelahiran Liberia itu.

Terdahulu, Kipre dan Kpah antara pemain baru Kedah yang menandatangani kontrak bagi musim 2020 bersama Muhammad Hadin Azman (Felda United), Mohd Sharil Saari (PDRM FC), Zulkhairi Zulkepli (UiTM FC), Tam Sheang Tsung dari kelab Jepun Sagan Tosu II, dan dua pemain Piala Presiden, Mohd Aiman Afif Md Afizul dan Mohd Loqman Hakim Marzuki.

Manakala bekas pemain Kuala Lumpur, Muhammad Irfan Zakaria tidak dapat hadir kerana sedang beraksi bersama skuad Datuk Ong Kim Swee di Sukan SEA Filipina.

Leave a Reply

Your email address will not be published.