Ghaddar akan dipanggil semula sertai TRW ?

Pemilik The Red Warriors (TRW), Norizam Tukiman menegaskan desas-desus pengambilan pemain tempatan dan import baru di media sosial adalah tidak benar sama sekali kecuali melalui pengumuman rasmi.

Menurutnya, selagi tiada pengumuman dari TRW Kelantan atau beliau sendiri maka pemain import atau tempatan yang dikaitkan adalah tidak rasmi.

“Saya pun pelik banyak betul khabar angin hingga dikatakan saya hendak bawak balik Ghaddar (Mohamad),” katanya dalam media sosial, Facebook.

Ujarnya, beliau langsung tidak mengetahui mengenai TRW akan menggunakan kembali khidmat pemain kelahiran Lebanon itu.

“Sedangkan saya sendiri tak tahu. Inilah uniknya TRW. Pemain-pemain yang dibawa masuk adalah dari pilihan pasukan pemantau.

“Saya hanya berikan kata terakhir ya atau tidak sahaja sebelum pengumuman rasmi oleh kelab Kelantan FC,” katanya.

Pada 26 Disember lalu Penjaga gol Melaka United (MU), Ahmad Solehin Mamat mengesahkan bakal menyertai Kelantan FC musim depan.

sumber : arena metro

Dia bakal bersama Kelantan selama tiga musim sekali gus bertekad untuk membantu TRW lebih mantap dalam tempoh terbabit.