Bakal Ganti Safawi

Pemain Muda sedang meningkat naik Johor Darul Tazim (JDT), Ramadhan Saifullah meneruskan rentak jaringan pada perlawnan Liga Super 2020 Jumaat lalu.

Ramadhan menjaringkan gol keempat ketika JDT berpesta gol dengan menew@skan pasukan Perak dengan keputusan 7-0 di Stadium Sultan Ibrahim.

Sebelumnya, pemain berusia 20 tahun ini turut menjaringkan gol ketika JDT meraih kemenangan ke atas Pahang pada perlawnan pertama liga setelah berehat selama lima bulan ekoran penular@n w@bak C0ronav!rus (C0-V!D-19).

Melihat kepada prestasi semasa, Ramadhan dilihat calon yang sesuai untuk menggantikan Safawi Rasid sekiranya Safawi menerima k0ntrak yang diberikan oleh kelab Portugal, Portimonense SC sekaligus beraksi di saingan Liga Primeira Portugal.

Ramadhan dilihat sudah menyesuaikan diri dengan corak permainan yang diterapkan oleh pengendali JDT, Benjamin Mora serta mampu untuk membentuk gandingan mantap bersama pemain senior dalam skuad utama.

Dengan memberikan posisi sayap kanan dalam kesebelasan utama kepada Ramadhan Saifullah, maka juara enam kali beturut-turut saingan Liga Super itu tidak perlu membawa masuk pemain lain sekaligus menjimatkan perbelanjaan pasukan.