FAM tak sambung kontrak Kim Swee ?

KUALA LUMPUR: Keg@galan skuad Sukan SEA negara melepasi peringkat kumpulan terpaksa dibayar harga mahal oleh pengendalinya, Datuk Ong Kim Swee apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengambil keputusan tidak menyambung kontraknya.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam ketika mengesahkan perkara itu berkata, kontrak semasa pengendali dari Melaka itu akan tamat hujung bulan ini namun FAM bercadang untuk terus mengekalkan Kim Swee dalam sistem bola sepak negara.

Menurutnya, pihaknya tidak boleh menafikan sumbangan pengendali itu dan sebab itu langkah untuk mengekalkan Kim Swee dalam sistem bola sepak negara adalah wajar.

“Kontraknya bersama skuad bawah 22 (B-22) tidak akan disambung. Dalam masa sama FAM begitu menghargai pengalaman dan ilmu yang dimiliki Kim Swee.

“Kita jangan lupakan sumbangannya kepada bola sepak Malaysia dan juga buat FAM. Kita tidak akan lupa semua itu dan mungkin ada tempat lain (yang boleh diisi oleh Kim Swee) dalam struktur bola sepak negara.

“Kita mahu terus manfaatkan pengalaman dan ilmu dimilikinya,” kata Stuart ketika dihubungi sebentar tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.